Google+ Followers

Wednesday, July 23, 2014

Today is 23rd July, 2014. Birthday of somebody VVIP in Malaysia.

Happy birthday Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak. Ucapan ini datang dari saya sebagai seorang rakyat Malaysia yang tidak mempunyai apa-apa kepentingan politik atau ekonomi dengan beliau.

Yang baik harus diterima dan diakui baik. Kalau benda baik yang orang tu buat takkan lah kita nak kata benda jahat pulak. PM Najib dah uruskan secara peribadi mengikut keupayaan beliau dalam menyelesaikan kemelut di wilayah bergolak Ukraine khususnya bagi mendapatkan kotak-kotak hitam penerbangan MAS MH 017 yang terhempas pada 17/07/2014 berserta dengan jenazah penumpang pesawat malang tersebut. Ini adalah pencapaian peribadi yang terhebat oleh PM Najib. Takkan kita nak kutuk kerja baik yang beliau buat? Kutuk macam YB Nga Kor Ming buat kepada MAS tu.

YB DS Anwar Ibrahim selaku ketua pembangkang pun turut memuji DS PM Najib dalam menguruskan hal berkaitan tragedi MH 017. Bukan setakat DS Anwar soerang tapi YAB Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pun turut memuji 'langkah senyap-senyap' yang diambil oleh DS Najib. Takkanlah pulak aku yang langsung tak ada portfolio politik ni, tiba-tiba sahaja nak menongkah arus, menegak benang basah untuk tidak bersetuju dengan tindakan dan langkah yang telah diambil oleh DS Najib?

Hebat jugak PM Najib ni. Dalam keadaan ketua-ketua negara maju yang menyibuk memantau tragedi tersebut, DS Najib secara diam-diam dan bersendirian mengambil langkah yang berisiko untuk berunding dengan ketua puak pemisah di timur Ukraine, Alexander Borodai. Dan hasilnya, langkah sedemikian membuahkan kejayaan mendapatkan kembali kotak-kotak hitam pesawat MH 017 yang paling bernilai berserta hak untuk menyiasat di tapak insiden dan mengenalpasti mayat-mayat mangsa untuk dibawa pulang. Obama dan sekutu-sekutunya yang 'power' tidak setanding DS Najib dalam menyelesaikan isu ini. Bahkan mereka terpegun dengan 'approach' yang DS Najib buat. Jadi, kalau dah semua orang besar-besar yang berkenaan sudah memuji DS Najib, maka tidak janggallah bagi saya untuk turut memuji dan mengucapkan "Happy birthday to you" kepada PM Najib.

Selamat Hari Lahir DS Mohd Najib, PM Malaysia. Terimakasih atas tindakan anda menyelesaikan isu MH017 dengan cemerlang dan jayanya. Syabbas dan tahniah.

No comments:

Post a Comment

KRF Kak Mie

My Blog List

Follow by Email

Powered by Blogger.